Saturday, 23 April 2011

tiket bas~~

hari ni keluar dengan cik dino kite...nak beli tiket bas...sem ni mcm tak rasa nak balik pun,mungkin syg nak tinggal kan cik dino kot....berat hati nak tinggal cik dino sorang2...settle beli tiket bas,kitorang ke bukit tinggi untuk tengok wayang.pelik giler sebab kat bukit tinggi tak ramai orang pun...lepas beli tiket,kitorang pun pegi foodcourt untuk mengisi perut yang sedia kosong ni.ni lg 1 kejutan.kelakar bile tengok muke cik dino terkejut tengok harge makanan yang kami order.agak mahal la tp sedap dan puas hati.kira ok la......
lepas tengok wayang kitorang pun balik sebab dah malam kan...
p/s: suke tengok muke cik dino terkejut...hihihi

Thursday, 21 April 2011

lege semue dah settle


sayang nak tinggal kan cik dino sebulan...nanti kiter rindu cik dino~~~

terime kasih cik dino..

post kali ni kite nak ucapkan kepada cik dino saye yang banyak membantu saye dalam memberi kata2 semangat ketika saat2 genting ini....terime kasih abg sebab layan kerenah nurul...hihihihi....
maap nye tak dapat layan kamu 2 mingu ni...busy sangat2....nanti kite dating ye....luv u~~

macam-macam yang jadi...

dah lame tak bukak blog...busy 2 minggu...so,entry kali ni banyak mengisarkan tengtang kehidupan sebagai seorang pelajar.....
1)hati ni sangat terase bile kawan2 kelas pijak kepala kite..ceritanya begini,aku dan rakan2 (yan,kak tina,kak lin) bagai nak rak berjalan dengan laju untuk kejar preview minor....nak dipendekakan cerite,puan suh tampal poskad sebab dia nak masuk msti semua dah tampal.dengan semangat nya kami berempat pun menampal poskad itu,konon2 nya nak blik awal la tp harapan 2 musnah tibe2 angkara makhluk2 ALLAH yang tidak berperikemanusian.bile dah jadi mcm 2,kitorang semua tarik muka bila ade suare2 sumbang berkata,"mule je la dr situ trus"....start dari situ,kitorang hanya mendiamkan diri tanpa berkata ape2.
2)busy giler sampai tak smpat bsuh bj.....tidur tak menentu,mkan tak lalu...hati berdebar2 menanti minor assesment...takut pun ade...
3)minor settle dengan jaye nye....alhamdullilah semue nya berjalan dengan lancar dan tidak ade ape2 yang berlaku....trime kasih kepada kwan2 kerana membantu saya dalam ape jua keadaan....

p/s:maap ye kwan2(yan,kak tina,kak lin) sebab nurul,korang kene sisih dari group A.nurul bersyukur ade kwan mcm korang.time susah ade,time senang kite gembire same2...luv u all la.

Wednesday, 13 April 2011

setel sudah ETR!!

Siap sudah keje ETR..penat giler...2 hari tak tentu hala tido...
trime kaseh kawan2 ku (ah,dila,bai,kina) kerana bertungkus lumus menyiapkan ETR..

untuk hati saye~~~

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
tu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.